"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Monday 30 January 2012

Orang cina main mercun CNY, kita main bowling

Lama menyepi. Bukannye tak ada bahan nak tulis entri. Tapi kekangan masa. Pegh. what a word?.Kekangan okay. So, learn a word a day. kalo tak paham apa maksud kekangan, apa guna langgan intenet mahal-mahal. Type je word tu....tadaaa kuar maknanya. Fullstop. 

Cuti panjang. Gadget canggih - ipad, tab, laptop apple, laptop acer,handphone.. tapi tu semua bukan menjamin untuk ko rajin update blog. Kena ada masa, baru dapat menaip dengan jayanya. Bukan apa, baru nak bukak ipad, dah datang si kenit dengan zikir nye... "bak..bak...bakkkkk...." sambil tunjuk kat ipad. So, nak tak nak takkan dengan anak pun nak berebut kan, kena la mengalah. Kang ada yang buat kuak lentang berirama dengan lontaran vokal kalah Jacklyn victor plak. Ko yang semput urut dada tension..heheheh...

Pastu cuti panjang, mak abah aku pun datang la menjenguk anaknye di kota raya ni. Dah terbalik plak kan. patut anak-anak balik umah melawat mak ayah. Ni mak ayah plak yang datang. Alasan, balik ipoh confirm jalan jem. Tettttt... bukannn... Tu bukan nya alasan. Tapi dah planning nak g family vacation ke Melaka. So, apa ke jadahnye plak aku nak balik ipo dulu pastu patah balik ke Melaka. Baik aku dok diam-diam kat Puchong, tunggu mak ayah aku sampai, pastu jom...rombongan cikgu ghani ke Melaka. Eh.. entri Melaka nanti dulu la. tak hupload pic lagi... Nak cheta main bolinggggg...heheh

So, one fine day, hari Selasa.. tak ada apa nak buat - alasannnnn.. ajak la family g main boling. Saja suka-suka main 2 games. Dok umah pun tension ngan bunyik mercun sana sini. Tak kira siang malam. So, dari ko menyumpah-seranah orang, lebih baik pergi menghiburkan diri.

Decide bowling alley paling dekat ngan umah, The Mines. Kalau g Pyramid kang takut plak lanes penuh. Almaklum la situ kan selalu buat tournament. Sampai Mines, tengok parking banyak kosong. Cam tak caya plakkk.. Selalu jenuh nak cari parking. Siap bersepah-sepah yang parking sampai tepi-tepi jalan. 

*senyum lebar ke telinga*

Masuk Mines... Patutlaa kosong.... Banyak kedai tutup. So, cepat-cepat g bowling. Takut penuh. Tengok ada 2 lanes kosong...cepat-cepat bayar,amik kasut, pilih bolaaaaa... 

Lane paling hujung dekat ngan karaoke. Ada free show okayyy.. Ada la hamba Allah - malas nak cakap la bangsa apa dalam tu.. confirm boleh agaknyaa.. Baik punya gelek dalam tu sambil menyanyi. Owang-owang kat situ memang dah pandang-pandang, gelak-gelak tengok. Memang la ko punya hal, tapi agak-agak laa.. Ni tempat umum, ada budak kecik, budak sekolah, pak-pak..mak-mak..Tak reti malu ke. Badan dah size-size extra-extra L ni.. dengan baju ketat tak ingat...Haishhhh... 

eh, melalut, jom tengok pic otai-otai main bolinggg....
*poyo*

Disclaimer: 
Bukan niat nak sabotaj... tapi tak tau nape smua pic goyang. Maybe henpon ai tak canggih mana kot... walau tensen sekeping gambar ai pun takde...




laki ai nak baling... papa... ai lappp u.. *sambil lambai-lambai tangan*

pemain boling otai

kena dukung budak ni.kalau tak merayap nak masuk lane boling

ni mesti gelakkan laki ai baling senget-benget

gaya nak hover..



next time main lagi. best.saja je ai kasi can tak baling kuat-kuat. kang comfirm strike jeerr..
*sila muntah ijau*



Friday 20 January 2012

Lagi kes baby Tersedak SUSU

Alahai..pagi-pagi rasa lemah lutut longlai bila baca berita-berita macam ni. Bukan nya pertama kali dengar, kedua kali dengar..aku rasa dah berkali-kali dengar cheta ni. Dan yang paling sedih, perkara ni penah jadi kat kawan skola aku last year. 
T____T

Ni yang lagi menyedihkan dua baby sekali. Boleh baca kat sini. Tolong laaaa.... itu la perkara yang aku paling takut. Buat aku pikir beratus ribu kali la masa nak decide nak transit chinta ke mana bile aku dah start abis cuti bersalin. Syukur masa tu, kakak ipar aku willing nak jaga. Sekurang-kurangnya tahap kerisauan aku tu suam-suam kuku sikit laa. Family kita yang tolong jagakan anak kita sendiri. 

Bukan aku nak menafikan yang bagus hantar anak nurseri. Aku sendiri pun planning nak hantar chinta ke playskol dalam 2 taun lagi. Takkan selamanya kita nak anak kita dok umah bs je. Kena la ajar bersosial skit. Lagipun, anak-anak yang membesar di nurseri ni bagus dari segi tahap independent, tahap pergaulan, cepat berkomunikasi selain develop skills psikomotor yang lain since ko paham-paham je laaa..berlonggok educational toys kat nursery. Kena take times skit untuk chinta ni, sebab dia ni lain sikit. Lain - kuat ngamuk, cenggeng, manja, dalam hati ada taman... tu yang aku lagi bertambah risau nak hantar nurseri. Sikap-sikap kecenggengan ni dah ada since masa dia baby lagi. Tak leh lambatttt...ngamokkkkk.... huhuhuhu... 

Eh eh...dah melalut. Aku sedih la kalo perkara macam ni berulang kat nurseri-nurseri kat Malaysia. Buat hati mak-mak gundah gulana nak pegi keje. Kalau boleh, memang semua mak-mak kat Malaysia ni nak besarkan anak sendiri. ye lah, dah dekat 40 weeks dok kendong ke hulu ke hilir dalam rahim. Menahan sakit nak bersalin. Terseksa berpantang. Bengkak susu. Tak cukup tido. Sakit kena jahit. Terkejar-kejar waktu nak makan. Alih-alih bile bagi kepercayaan untuk jaga 'sekejap' anak tu waktu mak-mak ni bekerja, boleh plak diorang buat macam tu. Come on laa... Tolong la jaga baby-baby ni properly. Tersedak susu ni BOLEH DIELAKKAN dengan cara ko pakai otak tu skit. 
*kan aku dah emo*

Dah tau kan, kadar flow susu yang laju bukannye boleh bagi semua baby. Some babies, esofogus nya belum develop dengan elok, jadi kalo dah lajuuuuu je air masuk lubang tekak..mesti la rasa cam lemas.. cuba ko amik getah paip...masukkan dalam mulut ko..kemudian bukak air kuat-kuat. Agak-agak boleh tak ko telan slow-slow????...hah..macam tu la konsep nya. Tolong laa...jangan biar perkara-perkara macam ni terjadi. Yang menjadi masalah, nurseri-nurseri ni nak kauk untungg je lebih. Amik budak ramai-ramai , pekerja tak cukup... Sudahnye nak senang, bancuh susu, sumbat kat mulut bby, sendal dengan bantal. Yeahh.. memang bijak tindakan tu yerrr.....

Tapi yang buat aku lagi emosi..Penah aku tengok parents yang bongoks buat camtu. Anak dalam stroller.. Mereka laki bini tolak stroller dengan penuh gembira. Anak menyusu dengan cara macam tu. Kalo dah tercekik susu kannnnggg..sape yang susahhh???Apa salahnye, amik baby tu, susukan dengan proper. Bukannya amik masa berjam.

Chinta sekarang dah pandai menyusu sendiri malam-malam pun aku still pantau. *Bagi susu kat dia, mata pejam.. mulut nyot nyot.. bile dah puas susu..dia akan campak botol tu ke tepi.*
so, malam-malam keje aku la meraba-raba dalam gelap cari botol kosong. Tu pun aku still bangun dan pantau. Ni kan plak, baby yang baru 3 bulan.. 4 bulan.......
OH tidak..mereka tidak bersalah...
*sound effect..tangisan suara..titisan air mata....tiadaaaaaa...siapa yang kisahhhhhhh....*

T_________________T

Syurga la tempat bagi merekaaa.....





*entri yang penuh emosi*







Makan Besar

Semalam, balik keje laparr... kalo boleh balik keje, buka pintu dan jerit.. "saya dah balik.." dan tengok makanan sudah terhidang di atas meja. Sambil melangkah manja, hati girang gembira dan makan. Alangkah bahagianyaaa.. Berangan je laa. Fullstop.

Kalo perot lapar, di campur dengan perot suamiku lapar *auww manja okay suamiku..* dan dicampur dengan si manjaku lapar.. Maka berganda-ganda la laparrrr itu, dan kedengaran la soalan-soalan manja " nak makan apa malam ni"..  hihi. Seperti biasa, otak kena pantas pikir. dah lapar ni kadang-kadang otak lembab nak pikir. Bukan apa, nak memenuhi selera tekak aku, off course laaa nasiiii.... tekak suamiku tu yang cerewet sikit. 

 So, jom kita kacau laki bini keluarga lain untuk ajak teman laki bini ni makan agar keluarga asas ni boleh meriah sikit dengan kehadiran laki bini dari keluarga lain *ayat pening.. So, angkat enpon, call....bukan pizza hut.. tapi encik wan ngan puan eyjaa..hehehe...

En suami: wan..wan...jom jom makan...
En wan: nak pegi tengok rumah baru...
*fine... T_____T
lepas tu.... tooot tootttt....mesej masukkkkk....*sound effect skit*

Message: " Nanti mlm bole la"

Muka aii dah berseri-seri kembali. At least, ada idea nak makan apa..hehhee..


En aboy: OK..nak gerak message...

En wan: ooo..nak makan kul bp kau nak mkn apa ela ngandung ek?

*amaigadddddd........asal ajak makan je nandong..apa kes??...huwagh huwagh*
*pitam*

bla bla bla........toot tooot...berbalas message..ok finee...jom johnny, alamanda.............

aku pun memang makin berseri-seri la mukaaa..tak dapat makan nasi..steamboat ok lagi la dari beger beger dan begerrr...begedil aku suker laaa..hahahahhaahhaha....

so, johnnnyyyyyyyy, seranggggggggggggggggggggggggg...... 

balik mandi, siap-siap..layan gemersik kalbu dulu......solat.... jom check-out....

sampai johnny, tak yah cheta panjang-panjang......paham-paham sendiri laa..kalo perot dah mintak diisi tu...

hehehhehe....

:::johnny ada kuah baru.....tomyam..tapi kena charge rm 10..kalo amik sup biasa tu tak charge apa2... bagi aku tomyam ni sedap..cuma dah tak feel bile cicah dengan sos johnny yang very the best tu.. sos tu nak dengan sup tu gak.....:::
main-masak-masak

apakah?

chinta:mamaaa....cepat cepattt..laparr..

bersama mak buyong

muka tak puas ati..tak dapat makan lagi..kita amik pic dulu ekk...

*senang hati*
*peluk suami dan cakap ai lappp u laaa papa*..

cam biasa ayat en aboy:



*dah kenyang...baru la sayangggggg.....*

hahahhahahaha..








Thursday 19 January 2012

Naik Kereta Dalam Sunway Pyramid

Semalam aku mc. ceri-the berry. Dari tengah malam menderita, menjadi peneman setia Encik Tan. So, pagi tu off course la destinasi bukan ke opis, tapi ke Pusat Rawatan Mesra. Lama tak jumpa Dr. Rahaya kan, so memang ngada-ngada la perot ni saja la nak mc awal-awal taun ni. Nasib baik bukan Dr. Fahmi, kalo tak confirm la aku dapat kelas bebelan percuma tentang pemakanan dari dia. Cam biasa la ayat Dr. Rahaya, " Kamu tak pregnant kan?.." .. " tak doktor....
*dalam hati kalo preggy of course la saya datang check-up dengan doc*.. hihi.. 

Since dah pakai satu keta je sekarang ni, kena la transit la encik aboy dan chinta dulu. So, kena la owang sakit pegi klinik sendrik.Berpusing-pusing la semalam dari Taman Tasik Puchong --> Kg. Lindungan -->Pusat Rawatan Mesra, Serdang --->balik ke Taman Tasik Puchong. After jumpa doc, ingat nak balik amik chinta, then pikir-pikir kang pusing-pusing balik. so cancel, terus aku je balik umah. Makan, rehat ada la kejap jee.. Sebab pikir since dua-dua wajah kesayangan hamba tu tak ada kat umah.. baru la dapat mengemas rumah dengan hati yang girang.. 
*lari-lari capai mop baru beli*

Dah siap basuh baju, lipat baju, vakuum satu rumah, simpan baju dalam almari.. tengok jam dah pukul 4.15. mandi-mandi, siap-siap, owang sakit nak kena amik encik aboy ngan chinta plak. nama je dapat mc, since ada anak ni takde istilah nak berehat kalo dapat mc. 
T______T

So, sampai je depan umah mak mertua aku.. tengok moto encik aboy dah ada.. nampak chinta tengah makan roti boom.sekali budak kenit ni nampak je mak dia ni sampai.. terus meninggalkan roti dan angkat tangan dua-dua suwuh aku dukung. macamkan la 10 taun tak jumpa. peluk-peluk aku siap lambai kat semua orang. *panas kesan bontot aku kat seat keta pun tak surut lagi kot*

Then, bagi peluang dia main kat luar dulu.Main basikal. Jalan sana-sini mesra alam jumpa peminat. Bagi naik moto round satu taman sampai 7 eleven. Beli roti, majalah Pa&MA.. tengok-tengok jam. jom balik sebelum jalan jem.

Sampai tol bandar sunway nak masuk LDP, tengok jalan dah jem. So, leh plak decide last minit jom jom pegi Pyramid. Nak pegi maxis. OK, Jom. Owang sakit ikut je la. Lagipun terus makan sekali since tekak encik aboy takmo makan nasi. Aku dah tau alasan je tuuuu.. tu la bile owang tekak western kawen ngan tekak owang melayu. Jadi camni la. Kena la tekak owang melayu ni mengalah.

Sampai pyramid, teragak plak nak test bagi chinta naik keta tolak-tolak tu. Since dah pandai berjalan ni, memang jarang bawak stroller dah. Mula-mula ingat cam dia tak suka. Test dulu.

muka nak ketat




gaya nak hover.. tangan sebelah kat stereng, sebelah letak atas pintu keta.. T____T


Then sampai maxis, tak ramai orang. Nasib baik. Kalo tak selalunya cam berjoget lambat la manusia kat maxis ni. So, bagitau ada masalah ngan billing. Tunggu giliran. Ko ingat chinta nak bersopan - santun je ke duduk dalam kereta. Jangan harapppp...

tarik tangan papa ajak kuar dari maxis

last-last jalan sendrik bawa diri..



pastu patah balik sebab  tengok ramai je yang pandang dia. anak aii kan pemalu cam mama dia..auwww

cuba cari mana chinta??.. sebelum jatuh tergolek atas simen maxis yang licinnn itu

Masa ni nombor giliran dah ting tong kat skrin. Tapi satu makhluk pun takde kat kaunter. aku dah panas dah masa ni. Anak plak dah tergolek, melalakkkkk buat vokal bukan sekadar rupa kat situ. Pujuk-pujuk jap suwuh encik aboy tanyakan. Terus pegi kaunter lain. Ada hikmahnye, staf yang layan tu walau muka ketat tak senyum tapi memberikan servis yang sempurnaaaa... dapat la waive RM 130 ++ kat bil tu - untuk benda yang kita tak guna tapi appear kat bil. Nyampah tau, duit tu leh buat bayar astrok super pack kat umah tu. So, terus aku suwuh encik aboy upgrade kan dia punya line skali yang ada tenet.. Takut jadi lagi.  Legaaaa.. sebab staf tu cakap ni first time jadi, dan aku kan pengguna maxis dan pembayar tegar. Aku memang tak subscibe tenet kat enpon sebab dah ada berukband + wifi. so, sebabkan tab encik aboy ni kalo takde line tenet tak leh anta mms -* handset mahal memang mengadaaaaaaa*. upgrade untuk line dia ajer..  aku, cam biasa low profile laa, tak yah la upgrade line aku ada tenet. sebab kat opis ada tenet, ada wifi..so memang pakai wifi memanjang je henpon aku tu.....kalo nak main fb..sila pakai tab je. ipad pun dah jarang-jarang guna.laptop baru beli pun cantik dok dalam kotak. * encik aboy siap cakap: beriyer je nak beli laptop apple.. pastu dok terperam.....huhuhu.. bizi okayyy.. cam luahan perasaan emo plak ni..hahahaa...

Dah lega sebab isu bil dah settle, jom jom isi peyot. Cam biasa la, kat pyramid tu memang mostly fast food. Jom pizza, lama tak makan pizza. Dah la kena menolak keta chinta, so sah-sah la ko tak leh tolak tu naik eskalator , lain la stroller. so, gigih la naik lif. sampaikan nak pegi watson's pun tak jadi malas nak turun naik lif lagi.  Lupa, cam biasa kalo lalu depan maxis harus la aku menyinggah beli buah. Ni pun nak umpan budak kecik tu dok diam. Chinta dan makanan kan kawan baik..hehehhehehee...

main cak-cak plak dia..masuk dalam keta cepatttttt....

makan buah dulu yerrr....sila abaikan rambut yang serabai tu.... T____T

anak-beranak makan sambil berpandangan..poyooo ok...


Lepas tu..tak reti-reti lagi kerrrr.....sila balik umah yer. Buat apa lama-lama kat pyramid.
Dah la siang tu aku dah siap beli murtabak..ingat nak makan. Last-last sila masuk peti ais ye encik murtabak..


*kena tapau la murtabak bawak g opis*

T____________T


lupaaa... lepas tu..chinta takmo dok diam-diam dalam car seat..nak dok atas riba papa dia yang tengah drive..melalak-lalakkk nak main stering keta..gara-gara dah sonok main keta kat pyramid...
T______T

*tensi aku*



Tuesday 17 January 2012

luahan hati di hari selasa

pic: source google
Adakah semasa kecil dahulu anda pernah buat perkara-
perkara berikut?

  Buka kipas meja, cakap depan kipas sebab hendak
dengar suara bertukar.

  Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

  Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa
hebat.

Masa sekolah, ada orang
bagi milo percuma, lepas ambil
sekali, menyamar menjadi
orang lain, beratur ambil air
lagi.

  Lukis burung guna huruf M

  Lukis matahari di penjuru
atas kertas lukisan dan antara
bukit.

  Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ini --> ♥

Tutup peti ais dengan perlahan, sebab hendak tengok
bila lampu peti ais padam

Kalau tidak siap kerja
sekolah sengaja tinggalkan
buku latihan di rumah.
 *Those were the days... really miss those sweet time*
  rindu ngan cheta nauro attack, satria baja itam,kartun kickers, tomatoman, 
rindu main video game kontra, rindu ngan sharpener bulat ada cermin kat belakang, 
rindu nak main pistol kayu - peluru terung kecik-kecik tu, rindu nak main layang-layang
main gasing, main getah..... yada yada yadaaaa...

*saya membesar di kampung, petang-petang kejar ayam belanda sampai ayam masuk lubang jamban, main aci jengket, main 'rounders' @ softball - penanda tiang tu guna buah kelapa yang dah bercambah, main masak-masak tepi umah, main guli, main gasing...*walaupun rumah saya dah ada komputer dan video games masa tu..
paling best - kait rambutan , manggis - sebab pokok-pokok ni kat halaman rumah jer, kemudian bile kolah dalam bilik air cam dah sikit tinggal airnya, apa lagiiii.. jom mandi kolah.. (kolah yang besar cam selalu kat surau-surau tu).. lepas tu..... pianggggg sekali..kena marah ngan arwah opah.. malam-malam takut kalo nak b***k sebab jamban kat luar umah.. yang jauh dalam 20 meter gak laa... (paling x suka kalo kena teman abg aku, sebab takut tepi jamban tu ada pokok pisang - dulu-dulu owang cakap pokok pisang ada antu dan kena lalu depan umah lama dulu), oh yerk..sy rindu pokok koko tepi umah, dulu arwah opah selalu amik buah koko dan keringkan (masa preggy penah teringin nak makan buah koko), tepi rumah ada pokok belimbing kecik-kecik tu - dulu guna buah ni untuk main masak-masak atau buat asah kuku, lom cheta pasal buah duku, langsat....paling happening time raya, sebab memang masak lemang, kacau dodol, stok bunga api leh main untuk sebulan..... tengok owang sembelih ayam..dan paling tak suka bau ayam yang kena rebus untuk cabut bulunya.. oh yerkk..lagi satu suka kejar anak ayam..hehehe.....mula-mula halau mak dia jauh-jauh dulu, pastu cepat-cepat tangkap anak ayam. lom cheta main tarik upih ( tapi selalu guna daun pokok kelapa)..hahahha..
tapi sekarang.... anak-anak nak tengok ayam pun kena pegi zoo.. haishhhh..
dulu, darjah 2 saya dah pandai naik bas tambang balik umah. bayar 20 sen, berhenti depan umah. sekarang?... 
anak-anak nak biar main depan rumah pun dah rasa tak selamat....
anak-anak sekarang busy ngan ipad, psp,xbox, gamess..internet..yada yada yada...
time raya, dulu beraya satu kampung...dapat duit raya pun takat 20 sen, 30 sen, kalo dapat singgit masa tu memang dah senyum sampai ke telinga....
sekarang...masing-masing sibuk ngan games kat tangan... tau salam nak kenal sedara pun sebab nak duit raya... tu pun kalo bagi singgit..depan kite dia sound.. "singgit je???" haishhhh....
mak abah saya ajar saya hidup susah..sebab tu bila dah besar saya sangat hargai barang-barang yang saya ada........tau value duit...
mak saya selalu pesan.. jimat-jimat berbelanja..time senang memang ramai orang menempek ngan kita, kalo kita susah, sebelah mata pun tak pandang.. yeahh.. setuju sangat sebab penah terkena pun dalam hidup ni...jangan amalkan hidup 'biar papa, asal bergaya'... biar bersederhana  bersyukur dengan apa yang ada.... Alhamdulilah.....
Insya-Allah... mama harap dapat beri yang terbaik untuk anak mama.. Qaseh Chinta Aleesya..


*luahan hati di petang selasa*


cousinku kawen

Kalo ikutkan dah dekat setaun cousin aku kawen. Ni bukan nak cheta sangat pasal entri dia kawen, tapi sebab aku saja nak hupload pic chinta masa dia tecik-tecik dulu *ek..skang cam la anak aku tu dah besar sgt.. masa tu tak silap aku dia baru 6 bulan lebih kot.tak pasti la.malas aku nak mengira kalendar. just best tengok sebab masa tu lain sangat mukanya. 


rambut pun masa ni segan-segan je nak tumbuh

My cousin ni keje ngan kakak ipar dia. Diorang bukak butik andaman. Memang kelassss ko mariaaaa.. santek-santek okay pelaminnya, bajunya. Cuma ko siapkan je la bape budget ko kalo berminat. Kalo budget ko tinggi, leh la ko demand pelamin ala-ala retiss.. kalo budget cipot, cipot la pelamin ko dapat. Promosi tak berbayar ni. hehehe... 

ni masa  bersanding kat umah mak teh aku..

ni masa bersanding di rumah perantin lelaki


*cuba tengok apa yang sama antara dua-dua pic.*

*sambil wat muka seposen*


*adeh..ooo peyottttku...... T_____T*

chinta nak nangis ke apa ni?



Monday 16 January 2012

main train kul 1 pagi

ingat u'olls je ke yang stay up malam minggu??..anak dara ai pun dah pandai okayyy.. tak 'in' la kalo stay up kedai mamak skang ni..lebih 'in' kalo ko stay up main train.. hahahaha.. ni la keje chinta. aku yang naik layu nak tunggu kul bape dia nak tido.lepas main train, amik book, lepas tu amik toy lain. aku yang kuyu, atau aku yang perlu makan jamu mak dara ni..hahahahhahahaha

mata dia dah ngantok..tapi tahan tahan..memang menurun perangai papa dia la ni. jenis leh berjaga. aku? jangan harap laa....zaman berjaga malam sudah berlalu okay..kalo jaga anak malam-malam pun keje papanye.. hehehhee...

aku dah terbaring kat sofa dah masa ni... @___@



*katil memanggil-manggil*

cute cam cupcakes

Hari sabtu, lepas dah buat kerahan tenaga mengemas rumah..hehe, so untuk reward diri masing-masing.. dan mengisi peyot yang dah berdangduttt.. jom jom jom g summit, usj. Ikutkan bile plan nak g mana ni, soalan pertama kuar dari mulut encik aboy... "nak makan apa".. soalan ni memang akan berkaitan la dengan destinasi perjalanan ni... so, kalo tanya aku... memang ikut tekak aku la yerr... hehe.. apa lagi.. jom johnny's.. lama tak layan steamboat.. 

*tangan di dada mata ke atas..*

aku memang suka makan steambot ni.masa preggy dulu memang kerap laaa aku memaksa ajak encik aboy makan..selain makan vietanmese mee kat secret- recipe.. wah wah.. cheta pasal makanan ni memang leh buat air liur terjejejejejejejeesssssss...

so, sampai summit, dah makan - perkara pertama kena buat dulu. hehehee, bile dah kenyang baru la cenang ati. so baru la leh jalan naik tangga 14 kali pun 
* guna eskalator**..

so, encik aboy nak cari cd games xbox..ok jom pegi kedai cd.. belek-belek takde cd yang berkenan. jadi tak beli apa.. pastu aku g watson's nak cari conditioner - rambut dah mula keras-keras tak sedap di belai lagi. *muntah ijau* 

lepas tu.. bawak chinta pegi popular.sebab aku nak beli dia book baru. jom jom,

so terkenan ngan book ni..sebab cute cam cupcakes..ala tomey-tomey.

"kenapa ko cute sangat hahhhhhhh "



*rasa nak lempang-lempang book ni sebab cute sangat"

T___________________T

Oh Anak

aritu entri aku makan roti.ni plak chinta plak nak intefrem pasai roti dia. lepas ni aku ingat leh bukak kedai roti laaaa....huwagh huwagh huwaghhh.. menu utama kat umah wajib ada stok roti. tak kira la roti murah - yang gardenia biasa ke, roti mahai - yang butterscotch je, atau roti kecik-kecik yang 60sen satu tu. kat umah aku tu semua nya hantu roti, tapi apasal aku sowang je naik gebu cam roti. misteri tol.. chinta memang suka makan roti. mengalahkan suka makan nasi. agaknye perasan omputeh gak kot anak aku ni. hahahhaa...

kalo makan mesti nak sebuku roti..tak main la bagi dia sekeping-sekeping
gaya nak hover.. mengalahkan mama nye T___T

masalahnye makan segeget, pastu tinggal.perangai sape ko ikut ni dik.. T____T

sampai penyek roti tu..sah-sah kena duduk... T____T
haishhh...ni semua perangai nauzubillah hi minal syaitooooooonnnnn.. membazir-bazir ni...makan kejap pastu ilang mesti nak tau apa dia buat sampai tinggal roti ni...T____T nangis mama ko ni hah..





v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


































bawah lagiiiiiii la












































macam la pandai nak main tab tu.... haishhh......




** sila abaikan latar belakang tangan itewww....**



**fengsan nak mengemas barang yang chinta kemasssssss**


Thursday 12 January 2012

waktu malaysia

cute bard
 bila free-free kat opis *free kaa* , suka gak aku blog hoping/blog walking.. atau apa saja istilahnye. senang cheta buang-masa depan pc baca blog owang lain.suka baca macam-macam gaya penulisan owang dalam belog ni. ada yang simple, ada yang berjela cam baca buku-buku ilmuwan tu, ada yang giler-giler. bagi aku macam mana cara kita menulis menaip kat blog kita tak kisah. yang penting ikhlas. cam aku, aku suka benda yang spontan je bile menaip ni, tak terlalu seyes dan tak terlalu merapu. hihi.. tapi selalunya aku cam merapu ntah hape-hape je dalam blog ni. tak pe la, ada aku kisah? bukannye nak score sape bagus tulis dapat A ke.

baca blog owang ni memang leh leka, rasa cam tak cukup berjam-jam la ko ngadap pc tu. tambah lebar la tak b****t ko tu. lepas tu salahkan keje, apasal aku pilih keje yang kena duduk jerr. T____________T tapi tu je skill yang aku leh buat. nak jadi doktor gigi kang ada yang ilang gigi plak. kalo jadi bomba, mau umah dah rentung aku baru sampai. apa aku melalut ni~

tema blog pun macam-macam. aku punya consider rojak.apa aku rasa nak tulis type, aku belasah je. yang penting tak menyakitkan hati mana-mana pihak. pic pun kalo ada baru aku masukkan, kalo malas.. haremmmm la nak ada.apakan daya, aku pemalas. owang berbelog, aku pun nak berbelog.camne?



who did it?..me lorrr... :)


tapi apa aku nak cakap kat sini, sebenarnye, baru aku perasan selama aku berbelog, aku tak guna waktu malaysia.no wonder la time blog aku posted yang pelik-pelik. hahahhaa... so, dah tukar ke waktu malaysia.

Wednesday 11 January 2012

Roti peanut butter di waktu hujan

Sejukkkk..syiok tido malam ni. Alhamdulilah, dapat 'aircond' semulajadi. Dah lama tak ujan malam-malam. Dan tibe-tibe rasa nerbes plak first tyme hujan since pindah masuk umah baru. So, sambil bermalas-malas, mari kita menikmati roti bersama peanut butter.
*makan sambil tersandar di kerusi ala-ala mak datin*
Tak dapat nak snap pic, alasan biasa aku - malas... Huwagh huwaghh...

Alamak... Ujan memang best.. Tapi yang tak best, astrok menjadi teruk. Rugi tak dapat menikmati roti peanut butter ai ni sambil tersandar malas di kerusi l-shape ai ni sambil menonton astrok.. So apa lagi, tak reti-reti ke.. Papa..jom tidoooo... *jangan pikir bukan-bukan okay...

Tapi... Encik aboy sibuk ngadap autocad buat drawing.... T_______________T
Langsung tak peduli ajakan ai tadi.. So bye-bye darling.. Ai tido duluuuuuu la yer...
*sambil melambai-lambai tangan cam paknil*

Ek..sila gosok gigi dulu sebelum tido..........

blog berwajah BARU

aper?..ingat ko je ke leh pakai cam-cam fashion baju. blog pun nak tukar selera gak la. dah jemu aku ngadap kaler oren cam limau taun baru cina je. hehe. so ubah-ubah 
*sambil teriak gulingkan wajah blog lama, reformasi..reformasi** 


so ada masa terlapang sikit di opis sambil-sambil wat filing sikit - almaklum la taun baru semua nak kena buka file baru.. so baru la multi-tasking. sambil berbelog sambil wat keje 
*alasan untuk tidak rasa bersalah bukak blog time ofis

so..jeng jeng terima laaa..penampilan baru blog mama chinta. ala tomey-tomey gitu.


**sambil wat muka shomellll dan berlalu pergi**

nasi lemak sedap

skang kitchen aku still close.. gara-gara abg aku yang bijak pandai angkut periuk sikit punya besar la dari ipoh. penat aku call remind berkali-kali amik set periuk kecik-kecik, kuali dan set-set memasak. sebabkan aku dah pasang dapur elektrik. benda ni banyak cekadak bukan boleh pakai kuali/periuk biasa, nak yang ada magnet punya - yang memang khas untuk dapur elektrik.

sekali bila dah sampai kl masa new year tu, aku pun tak tau nak buat reaksi apa tengok periuk tu. ko bayangkan la, yang aku rasa leh guna buat masak kenduri untuk 20-30 orang makan. ko nak masak meggi dalam tu pun tak gamak?.. haishhhh.. dah la bawak dua. satu lagi tu siap ada pengukus bagai yang sama tinggi dengan anak aku bila dia duduk. aduyai.. peserta masterchef pun tak guna periuk besar camtu ok.. fuh.. 
*pitam*

agaknye mak aku nak suwuh aku wat part time niaga nasi lemak kot..kuikuikui.. eh, dah melalut plak. sowi terhover buat luahan perasaan. so, sebabkan kitchen closed until all cooking utensils are ready.. chewahh.. gediks plak speaking loghat negeri akak tu.. kuikuikui.
**sila lempang laju-laju muka sendrik**

so, tetiap malam, aku dah wat rancangan JJCM aku sendrik. abis ceruk mana restoran kat puchong tu aku explore, siap tanya abg jual pau kat mana lagi ada kedai makan best. yelah, nak beli makanan pun kena la tengok gak jenis kedai.bukan ko main saukkk jer.. kang ada yang ceri-beri secara pakej laki bini. tambah-tambah aku dah makin jadi penggeli sejak tengok cheta tanah kubur yang pasai kedai pakai pelaris tu.  bluwekkkk..... @___@

semalam kami pegi la satu food court baru bukak, open concept. nanti aku capture pic. lupa nak amik pic semalam. so, jalan-jalan pusing-pusing tengok menu, rasa cam nak makan sizzling mee. since kami decided just nak tapau sebab dah kul 8 malam, rasa tak larat sangat nak makan kat situ. tp sizzling kalo tapau mesti dah tak feeling sebab kat umah bukan ada plate ala-ala kuali itam leper tu.hehehehe.. kalo terus masuk mangkuk cam dah rupa mee hailam je la kan. eh aku melalut lagi..

so, tengok ada satu abg tu meniaga nasi lemak. wah. nasi lemak ok. makin berlemak-lemak la naik badan akak ni. tengok cam best je ayam rempah dia. dah la goreng panas-panas. try la semalam. tamak tak henggat siap order nasi lemak ayam special. apa yang specialnye pun just ada telur goreng..hehehhee.. untuk chinta, tapau roti telur... 

so sampai umah, apa lagi makan time. cam biasa tunggu chef tak bertauliah encik aboy tu nak komen apa nasi lemak tu. biasa la dia ni cerewet sikit makan nasi lemak. kalo ada rasa halia, terus dia reject.. so ni conversation laki bini kat umah:

encik aboy: sedap nasi lemak ni.. ada haliaa ni... 
* dalam hati aku mampus nak bagi makan apa laki aku ni kalo dia reject nasi lemak tu.

isteri mithali: eh mana ada halia.. 
* ceh ayat kaber line.

encik aboy: ada laaaa...cium bau pun tau...tapi ok laa, rasa nasi tak la halia sangat. kalo rasa halia baik taruk nasi halia. bukan nasi lemak. *eh, panjang lebar plak dia komen

aku isteri masih mitali: bau je..halianye takde.. sekali lepas tu hambek ko.. dua tiga kali suap aku tergigit halia.. *hah tu la derhaka lagi..amekkawww..aku pun jenis tak suka makan halia-halia ni..yang encik aboy steady je makan....

tapi memandangkan aku ni tekak bedal je makan apa ada..halia pun halia laaa.. yang penting sambal nasi lemak abg ni memang terbaekkkkkkk.. memang aku rekemen.. nanti aku upload pic area kedai tu k...

::last komen encik aboy:

"nasi lemak memang bersepah mana-mana ada jual, tapi sambal nasi lemak abg ni memang terbaekkkkk punya"

**poyo okay laki ai**
chinta.. pandang kami cam ntah hape-hape la papa ngan mama aku ni.. baik makan roti telur.. sedappppp...


Monday 9 January 2012

asb punya pasal

adoiiii...kalo tak kerana memang nak kuar duit, takdo makno nak melangut berjanggut dok kat bank tu. ni semua gara-gara orang sibuk kuar asb laa..aku ni ada la ciput je pun dividennye..nak kuar pun tak la banyak mana. tapi nak tunggu giliran dah macam berbaris nak tunggu bantuan air time banjir.. @_@

datang la awal dalam kul 2 petang camtu.ingatkan dah petang tak la ramai manusia-manusia kaya raya ni. sekali pun sama...dapat no giliran no. 14.. sejuk ati tengok no. sekali bile tengok kat area menunggu tu baru giliran no. 90. no yang dari pagi  tak abis lagi. *pujuk-pujuk hati tak lama je ni.

pastu dari berdiri, aku duduk. dari menyandar kemudian aku duduk tegak. lepas tu dah terlelap kejap * risau tido lama-lama kang berdengkur plak kang.hehehe.. pastu dok menyenget. lenguh pinggang sandar balik. tengok jam dah kul 3. baru nak masuk no. 2.. dah sejam menunggu. kalo masak nasi siap dah masak ikan kerapu masak 3 rasa la nie. T______T

tunggu lagi. borak ntah ngan sape-sape.ada yang dah blah, malas nak tunggu. aku gigih tunggu lagi.sebab nanti bile lagi nak datang bank kan. kalo ari-ari mau orang aim ingat - pompuan ni kaya ni. ari-ari datang bank, padahal duit ada la sekentut je.. heheh.. tapi tetap syukur alhamdulilahhhh...

last-last tengok jam dah kul 3.30.. baru no 10. aku kata kalo tak sempat turn aku, mau aku bakor bank ni kang. * ceh, ayat nak hebat. macam berani. hahahaha...

pastu aku tengok plak pegawai bank tu sebut no. 13, sekali punya la lama pakcik ni buat urusan. ntah bape banyak buku la dia nak update. aku rasa cam nak bagi ceramah skit kat pakcik tu suwuh cepat. hehehe. dah abis urusan pakcik tu jam dah kul 3.50pm. nanti kul 4.00 asb dah tutup kaunter. uwaaaa...fuh fuh aku jampi bagi cepat.. lepas tu pegawai bank tu leh plak blah dari kaunter. aku dah cuak + benggang semua ada.. seb baik la ada pegawai take over keje dia jap..no yang dinantikan pun dipanggil.... NO. 14.... tu no aku la tu..

dan dengan penuh bangga dan gagah berani..hidung kembang kuncup-kuncup.. berjalan lenggang mak limah la pegi ke kaunter... 

dan selesailah urusan asb saya pada hari ini tepat kul 3.55pm yang secara logiknye aku dah tunggu dekat 2 jam kat situ... apa kejadahnye....... :)

train baru chinta

sambung entry pasal train chinta dulu la. ni pun sebab chinta dah amik skill bodek mama yang terbaek.. huwagh huwaghhh.. bukan apa, memang selalu kalo g toy'r us mesti aku suka tengok train vtech ni.. train ni kira cam 3 in 1 laa, leh jadi walker (nak belajar jalan tu - tolak tolakkk dan tolak), jadi ketapi - leh duduk dan tolak ngan kaki dan learn abc, shapes etc etc kat kepala ketapi tu. siap ada blok-blok alphabet yang ko leh masukkan kat kepala ketapi dan automatik akan read apa blok yang ko masukkan. canggih tak canggih mainan zaman ko ni.. zaman mama dulu takat main patung binatang kecik-kecik susun, tak pun patung askar kecik-kecik tu. kalo dah canggih sikit main lego ngan playdoh. T____T

so, atok ada..apa lagi chinta cepat powww atok.. heheh...skill memang menjadi la budak kenit ni. pandai plak dia bodek.asik melekat ngan atok.siap dalam keta nak tido kat bahu atok.geh geh geh.. so apa lagi, tiba-tiba toy r'us leh masuk dalam agenda lawatan plak.sampai-sampai kat area toys bebanyak tu, terus budak chinta ni pegang kotak train tu.wah.. memang pucuk dicita laaa..aku pon senyum lebar sampai ke telinga laaaa... pandai gak budak kenit ni pilih cam apa yang mamanya nak..lalalallala....

*sonok sampai buat lompat bintang*



dah dapat apa yang dihajati..mula la..bangun pagi..train.. bangun tido..train.. balik umah..main train.. hihihi.. best je jadi budak..main,makan, tido, berak,main balik... :)

jom main ngan chinta...


Friday 6 January 2012

opah & atok datang key-EL

cuti new year aku lama kali ni. siap tambah dua hari cuti rehat.pasaipa, sebab mak ngan abah aku nak datang key-EL.. hehe. kunun-kunun nak celebrate new year laa..skali haremmmm... nak g i-city, penuh gila manusia. last-last aku cakap jom balik tido lagi bagus. esok nak p jalan jauh. padahal, mata memang dah ngantok masing-masing kekenyangan makan malam. hehehe. malam bawak g makan kat kedai Qaseh kat Shah Alam tu.

so, esok paginya - hari ahad, selepas dah cergas cukup tido, g la jalan ikea pasai abang aku nak beli kerusi makan baby. pegi awal senang la dapat parking. tapi dah masuk dalam, amaigadddd... ramai gak manusia. baru dah berangan-angan nak makan meatballs. padahal sebelum tu dah selamat melantak kat kedai Murni. cait, bawak kedai-kedai nama pompuan je. hehe 

so, dalam kata nak cuci mata jee, pun dekat serat-dua gak la abis duit beli barang. ntah hape-hape je aku rasa, ngan cermin la, alas kaki laa.. railing laa.. jam laa.. takde maknanya kalo g ikea tak beli barang. dah tu elok je kuar ikea, leh plak atok chinta ajak g KLIA. kata arini ada flight pertama Qatar Airways yang guna kapal terbang baru...entah, aku pun lupa. so layannn je laa...dari damansara pegi KLIA. bukan aku yang drive pun, hangkut la aku kemana pon.

so, sampai sana cam takde motif, sekali tak sangka plak ramai gak peminat kapal terbang cam atok si chinta gak.chinta pun eksaited lebih tengok aeroplane, besarrrrr punya depan mata. mulut memang pok pek pok pek tak berhenti laa..ntah hape benda bijik butir dia cakap pun aku tak faham. tapi memang happy gile - cam atoknye.

rambut serabai - muka nak ketat

dari KLIA boleh plak atoknye ajak g makan sate ostrich kat PD. ostrich tu.. tak agak-agak..hahaha. terbayang leher binatang tu terliuk-liuk. sampai sana ngam-ngan la nak tutup dah. tak dapat makan kat situ, just tapau dan bakar kat umah. dah jauh pegi kan. rugi laa kalo tak dapat beli. nak beli telur dadar ostrich, dah abis. giler nak beli sebiji, telur dah sama besar ngan bola boling, keras nak mampus plak  tu. siap ko boleh lompat-lompat atas tu (seyes tak tipu), nak belah pun kena pakai drill... hahahaha....
dah la sebiji rm 80... leh makan pizza hut kenyang satu kuarga-

**chinta takut tengok ostrich**aku gelak jeee..hahahaha

lepas tu, nak melayan lapar anak tekak aku ni. ajak jom jom jom g makan kat GOLD COAST. ayat nak poyo, makan nak hebat.. gold coast sepang je laa.. layan ikan bakar sedappp gakkk oooo.. dengan perot aku dah berkeroncong tu.. so, dah siap sampai sana, amaigaddd lagi skali. nak pitam rasa tunggu meja kosong. siap muka kerek-kerek la waitress tu cakap kena tunggu dalam sejam setengah baru ada meja kosong. cam nak lempang-lempang je muka. tak leh ke cakap elok-elok. tau la ko penat, tapi jangan la nak kerek. aku memang dah pissed-off masa tu. perot lapar, meja penuh, waitress kerek, memang nak cari penyakit laa kalo dok situ tunggu. aku cakap jom blah, ayat cooling off, "takde rezeki la tu nak makan kat sini".. so alim-alim, baik-baik, nice-nice je ayat aku ni.heheehe.. ibu mithali la kan. *muntah ijau*

masuk keta, pikir nak makan kat mana. tengok jam. pikir lagi..last-last ntah camne aku leh teringat tasik idaman.. lalalalala... jom jom makan tasik idaman. kalo ikutkan aku ngan encik aboy pasti tak pasti jalan nak g sana. tambah-tambah dari sepang.siap nak call sape-sape je la tanya direction. last-last, "apa ke bingainye"... kan ada GARMIN.. apa guna beli mahal-mahal..hahaha.. ko bile dah lapar macam-macam la idea brilliant ko leh kuar kan. time-time tu pandai je laaa nak cari jalan nak g sana. matlamat: makannnnnnn... hahahahhaah...so seb baik ada garmin..sampai gak tasik idaman..... punnnn ramai manusiaaa.... tapi aku ni kira cepat skit laa dari owang-owang lain.dapat gak meja. dah dapat meja, aku dengar ada makcik-makcik tu sok sek sok sekkk cakap, ikan banyak dah abis, sotong dah abis... muka dah cuak okayyy.....jangan cakap aku kena cari tempat lain nak makan....so apa lagi, jom serbu tempat ikan.. betoi laaa.. yang tinggal ikan cencaru je sekor..ok bedal..... cop dulu..ikan kembung amik la 4 ekor... kauk kauk..tengok ada lagi udang.. kauk tak henggat...sebab takut abis..hahahahhaa.... pastu kauk kerang...ketammm..kauk semua masuk bakul. 

next... g timbang...amekkkkawwwww... berpusing juling mata tengok... terus cakap..
aku:"bang bang.. udang tu amik 200 g je laaa...heheheh... ketam tu takpe.. banyak skit..." 
makhluk 2 jenis tu je dah dekat rm 100.. 
laki aku: x pe laa, benda nak makan. jangan nak berkira sangat. 
aku: muka terpisat-pisat, hehehhee
so, lepas tu terus bawak waiter ke meja amik order..order..dan order... sekali dah sampai makanan, aduyaii dah cam meja rancangan JJCM. rancangan tu bole la ko makan ni sesuap, tu sesuap, pastu tinggal. sebab bukan ko yang kena bayar kan. yang ni, sumbat la perot tu selagi boleh. hehe. memang rasa nikmat gila makan. tambah lagi syok at least dapat gak la bawak mak bapak aku makan ikan bakar. T______T

*rasa nak nangis sebab memang dah lapar gila masa tu*

dah kenyang.tak reti-reti ke.balik umah laaa......zzzzzz, tido kekenyangan puas ati.

gendang gendut tali kecapi, kenyang perot senang ati..

esoknya, mission g plaza GM.. tempat biasa la abang aku suka beli barang kat sini.. next entry la plak.





chinta datang opis baru

semalam gah sedap duduk-duduk atas tikar sejadah lepas solat, sekali ada owang ketuk pintu. suspen plak, pandang pintu takde sape.sekali tengok betoi-betoi rupanya si kenit ni yang ketuk pintu. patut la tak nampak.heheh.. chinta muka senyum sampai ke gusi nampak mama. masuk je bilik aku, amekkawww terus cam puting beliung kemas sana sini. haishh.. T________T

tapi feeling-feeling best bile tengok anak depan mata. apa lagi, bawak tawaf la satu opis. hehe. seb baik la papanya bawak mai opis dah kul 4. tak la lama dia mengemas kat opis. 

   
tangan tak dok diam abis , nak dok atas meja

dah besar anak mama nie.


**ala tomey-tomey**

Thursday 5 January 2012

hari first keje di taun baru

dah masuk taun baru. baru sempat nak buat entri pasal taun baru. best sangat taun ni sebab dah pindah umah baru. so bermula la kehidupan baru ngan encik aboy n chinta. pagi-pagi anak beranak masuk satu keta, anto aku p keje then baru encik aboy anta chinta. amik moto dan dia plak g keje. hehe. pakej awal pagi anak beranak.

arini kuar umah lambat..so esok ingat tepat kul 7 dah kena kuar umah. hehe. cam first day nak masuk school plak. hehe. best plak, baru la rasa packing-packing barang anak untuk anta umah bs. pagi-pagi leh siap ngan lampu terpasang sebab leh siap kat bilik lain. dulu, kena siap dalam gelap sebab nanti si kecik yang sensitip cahaya tu confirm bangun.

pagi-pagi leh golek-golek lebih dulu kat sofa sebelum mandi, sebab baju dah siap gosok dan gantung untuk sepanjang ari bekerja, dan lagi best pagi-pagi ada owang anta g keje. yihiiiiiiieeepiiiii... part paling best, sebab semua bangun awal, aku dapat kemas katil,kemas umah dulu sebelum g keje #rajen tol bini en aboy# lantak la nak puji diri sendiri.hehehe

so, mood gah happy, cuma tak syiok otw jalan ke opis takde la kedai makcik nak jual nasi lemak ke, nasi kerabu ke. dulu leh gak singgah-menyinggah nak beli bekfes. hehe


mood: happy

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers