"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Friday 25 November 2011

keranamu RAMBUTAN

itu lah nikmat keje kat universiti buah-buahan ni. memang banyak la tanaman yang aku nak explore kat sini. aritu pegi cari durian. arini misi nak kait rambutan dengan pulasan. geram je tengok merah-merah bergayut atas pokok buah-buah tu. kalo harap nak beli kat pasar malam..nasib je la. buat bazir duit je, isi tak seberapa. UPM punya confirm manis..terbaekkkkk ~ murah pun murah. rambutan takat RM 1 je sekilo, kalo pulasan plak RM 1.50 sekilo.. mana nak dapat. pasar borong pun lum tentu. cuma korang kena pegi kait sendrik la kan. kata nak murah, jadi kena usaha sikit la. lagipun aku rasa tak smua penah merasa kait rambutan ni. aku? dah puas masa kecik dulu dok panjat pokok, kait buah. tapi masa tu mak aku mesti ikat pisau kat buluh, yang kat UPM ni pengait canggih. kowang kait dan tarik talinya untuk potong buah-buah tu.

so bile dah sepakat bawak berkat ni memang rajin la nak pegi mengait buah. pagi-pagi dah pegi. bukan apa nanti panas berpeluh segala celah yang ada. ** tak tahan panas. lagipun nasib baik pegi awal, tak ramai la owang yang mengait dan buah masih banyak.tapi yang tak tahannyer, kali ni kami petik buah cara terhebat.. hilang keayuan dan lupa jap status sebagai mak budak nie.. :D

gigih berjalan menuju ke pokok-pokok

merah tak buah rambutan tu

hebat tak

petik buah cara terkini. kuikuikui :D


NOTA SIPUT: ni la nikmat bekerja di universiti buah-buahan. musim buah memang meriah ~

Thursday 24 November 2011

haPpY BesDay ChiNta

alhamdulilah. chinta dah genap setaun - 23 Nov 2011
Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yg dibawa pergi iaitu pahala amalan (yg dilakukan semasa hayatnya masih ada), sedekah yang berkekalan, ilmu yang dimanfaatkab, anak-anak soleh yang berdoa kepadanya. - hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
Happy birthday, sayang 
mama doakan chinta akan menjadi anak yang solehah, anak yang berjaya dunia dan akhirat , yang boleh doakan untuk mama dan papa, yang sentiasa tidak lokek dengan ilmu yang ada dan yang hidup dalam penuh keredhaan Allah, Insya-Allah

pre-celebration 1 year birthday chinta privately with mama & papa. chewahh.. 
*gediks je mak ko ni..


laaa..mana stokin lagi sebelah dik oi..

dok diam-diam dalam stroller, tangan pegang smuffette

tunggu mama ngan papa order makanan

ni la pose budak umur setaun.
gaya baru duduk kat baby chair..alahai anak mama :D

rasa nak geget-geget pipi tu..

geram geram tol budak kenit

CHINTA says: chinta sayangggggggggg mama ngan papa..

 

Wednesday 23 November 2011

Entry buat MAMA dari CHINTA

Assalammualaikum mama.. 

mama yang sentiasa menjadi yang pertama di hati chinta. setiap pagi sebelum g work, mama mesti cium-cium chinta dulu. siapkan susu untuk chinta.masakkan bubur untuk chinta. kemaskan barang-barang untuk chinta.  chinta suka sangat bile tido peluk mama. mama usap-usap kepala chinta. bacakan doa dan ayat-ayat lazim kat telinga chinta. nasihatkan chinta setiap malam sebelum tido. dan yang paling chinta suka. mama tak penah lupa untuk cium dan ucapkan sayang pada chinta tiap-tiap malam sebelum mama tido. 

mama, 

mama selalu ada bile chinta perlukan mama. bile chinta sejuk, mama selimutkan. chinta takot, mama dakap chinta kuat-kuat.bile chinta sedih, mama hiburkan hati chinta. begitu juga yang selalu mama cakap tentang chinta. mama selalu cakap chinta la chinta hati mama & papa, chinta la penyejuk hati mama bile mama dalam kesedihan, chinta la penenang dan segalanya dalam hidup mama. chinta suka sangat.

chinta tau betapa susahnye mama bawa perot masa ngandungkan chinta. setiap hari dulu masa chinta dalam rahim mama, mama akan ucap "assalammualaikum sayang. hari ini ikut mama g work, sayang kena paham, kena tolong mama jangan sakit-sakit sebab work mama banyak". hari-hari bile makan, lepas solat, tido dan waktu mama buat keje, mama akan usap-usap perot mama seolah-olah mama usap kepala chinta. chinta suka sangat. kemana mama pegi, chinta la peneman setia mama. tak kira siang atau malam. 

mama bawak chinta dalam peyot masa pegi mid valley

mama bawak chinta pegi melaka. tangan mama sentiasa pegang tiger balm
dalam peyot mama ada chinta masa pegi kenduri uncle azhar & auntie masz
pegi tengok toys story

pegi genting - mama hanya leh main mainan yang macam ni je

taman rama-rama dengan papa

kegembiraan mama dan papa menanti kelahiran chinta

mama yang sentiasa senyum

chinta seronok dalam peyot mama

sayang mama....

mama,

chinta nak jadi kuat macam mama. susah macam mana dalam hidup mama, mama sentiasa senyum. mama sentiasa kuat hadapi macam-macam. mama sentiasa ceria. mungkin sebab tu la bile chinta kuar, chinta jadi anak yang periang. mama marah pon lama-lama mama akan cool down. senyum. setiap orang ada waktu ups and downs. begitu juga dengan mama. tapi mama sentiasa nampak seperti owang yang takde masalah. bagi mama selagi termampu keje tetap keje.di minggu-minggu terakhir sebelum chinta kuar pun mama masih gigih bekerja menjadi sekretariat di KLCC. mama susah nak cakap no untuk keje-keje yang diarahkan pada mama.

MAMA sayang,

chinta tau betapa kuatnya mama menahan kesakitan untuk melahirkan chinta. mama tahan diri mama dari menangis.sebab papa suka cakap mama cenggeng. papa tak henti-henti zikir dan berdoa agar mama dan chinta sama-sama selamat. mama kuat. walau di bilik bersalin mama masih boleh berlawak. masih boleh senyum dan ketawa dengan jururawat dan ditemani papa. dengan segala kekuatan, dengan dua kali teran, mama selamat lahirkan chinta tepat pada jam 7.28 malam pada tarikh 23 November 2010. mama menangis..menangis kegembiraan dan terus dakap chinta buat pertama kalinya. betapa rindunya mama untuk menatap wajah chinta. hilang segala sakit dan takut untuk melahirkan chinta. 

mama senyum bile tengok chinta kali pertama
malam pertama bersama mama di wad - mama tak tido sepanjang malam berjaga melayan chinta
lena kan chinta tido

chinta masih ingat senyumam mama pada chinta

chinta tido je waktu-waktu ni


orang selalu cakap, sakit bersalin ni yang rasa sakitnya kurang sikit dari sakit untuk mati. mama kuat. hilang sakit bersalin, mama gigih berpantang untuk kebaikan diri mama. walau dalam pantang mama kurang rehat sebabkan chinta yang sentiasa mahukan perhatian mama. tapi tak sekali pun mama merungut. mama sentiasa layan chinta. mama sanggup berhenti makan untuk susukan chinta, mama sanggup kurang tido untuk pastikan chinta tido lena. mama sanggup berjaga malam untuk tukarkan pampers chinta.  terima kasih mama..

mama lepas bf chinta. dalam kereta nak ke klinik
mama mandikan chinta. lap badan chinta dengan penuh kasih sayang
kawan-kawan opis mama cakap chinta tido macam mama. suka menongkat dagu

chinta suka bile mama pandang chinta

chinta selesa sangat kena bedung

mama cakap : sejuk bile anak perempuan ikut muka papanya

mama cakap chinta anak yang baik. senang nak jaga chinta. tapi chinta tau, chinta suka merengek. chinta suka nangis kuat-kuat bile nak susu. chinta suka mengamuk bile nak tido. tapi mama tetap sabar layan kerenah chinta. mama akan cakap lembut-lembut dengan chinta. nasihatkan chinta supaya jadi anak yang baik. 

chinta usia dua bulan waktu mama dan papa adakan Majlis Aqiqah untuk chinta

senyumam mama buat chinta cair..

kasih papa buat chinta



mama tak penah merungut untuk bawa chinta pegi mana-mana. mama sanggup susah-susah bawak macam-macam barang untuk keselesaan dan kegunaan chinta. mama dan papa bawak chinta sampai ke kuching. merata-rata la papa dan mama bawak chinta. mungkin sebab tu la chinta jadi anak yang senang di bawa keman sahaja.anak yang suka berjalan.hihi. tak meragam. 

senyumam mama dan ciuman papa untuk chinta

papa yang sentiasa ada untuk chinta

mama yang ceria

tengok.. bulat tak chinta

mandikan chinta pun papa tetap senyum

mama cakap mama dah kendong chinta 9 bulan dalam peyot, bile kuar biar papa plak yang rasa kendong chinta

atas meja pun chinta boleh tido. yang penting sentiasa dengan mama

sebelom tido mama suka bacakan buku untuk chinta

papa dakap chinta bagi chinta selesa

mama cakap kami berdua la segalanya untuk mama



mama, 

terima kasih mama atas segalanya. mama yang terbaik untuk chinta. mama lah syurga untuk chinta kerana dari rahim mama chinta berkembang dan chinta selamat keluar ke alam ini. terima kasih mama. arini genap setaun chinta bersama mama. 

chinta dan mama
papa dan chinta
Qaseh Chinta Aleesya

chinta
kami bertiga ~ chinta sayang papa & mama



::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers